Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

ADAT ISTIADAT


Mengikut adat istiadat Luak Johol, tiap-tiap yang menjadi Undang telah diwajibkan Kerjan sekali sahaja dalam masa ia memegang pusaka Undang. Adat istiadat Kerjan itu terbahagi kepada tiga cara iatu :-

Pertama : Dijalankan selama tiga hari tiga malam dengan mengadakan jamuan menyembelih tiga ekor kerbau.
Kedua : Dijalankan selama lima hari lima malam dengan mengadakan jamuan dan menyembelih lima ekor kerbau.
Ketiga : Dijalankan selama tujuh hari tujuh malam dengan mengadakan jamuan dan menyembelih tujuh ekor kerbau.

Adat istiadat ini yang dijalankan mengikut cara yang ketiga dinamakan Adat Perpatih penuh, kerana lama dan besarnya jamuan yang diadakan maka terbitlah perbilangan yang mengatakan :

"kepala kerbau dibuat tungku, 
air didih menganak sungai,
kerak nasi membusut jantan".





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...