Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Aktiviti Luar YTM Dato' Haji Mohd Jan



YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Undang Luak Johol, Dato' Hj Mohd
Jan bin Abdul Ghani ketika di majlis Sembah Kenal Jawatankuasa Masjid Luak Johol.



Tarikh : 08 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Balai Undang Luak Johol

Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengadakan Kunjungan Mengadap YTM. Dato’ Undang Luak Johol dengan tujuan untuk menjemput hadir ke Majlis Perasmian Program Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 dan Persidangan Antarabangsa Melayu Polynesia. 


Penerangan secara terperinci mengenai kedua-dua program yang akan diadakan telah diberikan oleh wakil yang hadir serta Kertas Cadangan program diberikan sebagai rujukan dan makluman. YTM. Dato’ Undang mencadangkan agar acara pertandingan memasak mengikut Luak-Luak dapat diadakan supaya identity dan keunikan masakan sesuatu luak tersebut dapat ditonjolkan. YTM. Dato’ Undang juga mencadangkan agar pertandingan gerai tercantik dan terbersih diadakan untuk Luak-Luak. 


YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Undang Luak Johol, Dato' Hj Mohd Jan bin Abdul Ghani turut menghadiri di majlis perkahwinan anak lelaki Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Haji Md Jan Abdul Ghani meminta pemikir-pemikir adat membuat permuafakatan bagi mengubah nama kediaman ‘Undang Yang Empat’ daripada ‘Balai Undang’ kepada yang lebih sesuai mengikut peredaran zaman.

Katanya, berdasarkan perbilangan adat juga disebut, usang-usang diperbaharui, yang elok dipakai, yang pendek dihubung, justeru perkara yang dianggap ‘sudah lapok’ memang boleh ‘diganti’. Disebabkan rakyat terkeliru dengan status ‘balai polis’ atau ‘balai bomba’, beliau merasakan sudah sampai masanya nama ‘Balai Undang’ ditukar kepada lebih berprestij, ujarnya ketika bertemu pimpinan PRIMA sasterawan Dharmala N.S. di Johol 28 November 2007 lalu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...