Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Sunday, November 2, 2014

SENARAI PINGAT NEGERI SEMBILAN


DARJAH KERABAT NEGERI SEMBILAN YANG AMAT DIHORMATI (DKNS)
Darjah ini adalah kebesaran yang tertinggi dan dianugerahkan kepada Raja yang memerintah ataupun Raja Permaisuri bagi Negeri-Negeri dalam Malaysia. Darjah ini dianugerahkan juga sebagai penghormatan kepada Raja-Raja Negara Asing yang bersahabat karib dengan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

          DARJAH KERABAT YAM TUAN RADEN (DKYR)
Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R) ini khas dianugerahkan kepada kaum kerabat D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan kerabat Di-Raja negeri-negeri lain.


          DARJAH TERTINGGI NEGERI SEMBILAN (DTNS)
Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (D.T.N.S.) adalah darjah kebesaran yang dianugerahkan khas kepada Y.T.M. Dato’-Dato’ Undang Yang Empat serta Y.T.M. Tunku Besar Tampin.


DARJAH MULIA NEGERI SEMBILAN (DMNS)

Darjah Mulia Negeri Sembilan (D.M.N.S.) adalah darjah kebesaran yang dianugerahkan khas kepada Y.M. Tok Puan-Tok Puan Undang Yang Empat serta Y.M. Tunku Isteri, Tunku Besar Tampin.

DARJAH SERI UTAMA NEGERI SEMBILAN (SUNS)
Darjah ini membawa gelaran Dato’ Seri Utama dan isterinya bergelar Datin Seri. Hanya individu yang telah pun dikurniakan darjah yang membawa gelaran Dato’ oleh Kerajaan Negeri Sembilan atau Kerajaan Negeri-Negeri lain layak menerima anugerah ini. Individu tersebut juga mestilah berjawatan tinggi dan telah menyumbangkan bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Atas perkenan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, darjah ini juga boleh dikurniakan kepada sesiapa sahaja berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.

DARJAH SERI SETIA TUANKU MUHRIZ YANG AMAT TERBILANG (SSTM)
Darjah ini membawa gelaran Dato' Seri dan isterinya bergelar Datin Seri. Darjah ini dikurniakan kepada Kerabat-Kerabat Diraja bagi Negeri-Negeri di Malaysia, orang kenamaan,ahli politik, individu pilihan Kebawah Duli Tuanku serta Pegawai Kerajaan JUSA B ke atas atau yang setaraf dengannya dan diperkenan oleh Kebawah Duli Tuanku.

DARJAH DATO' PADUKA NEGERI SEMBILAN (DPNS)
Darjah ini membawa gelaran Dato' dan isterinya bergelar Datin. Darjah ini dianugerahkan kepada individu-individu yang berjawatan tinggi dan telah menyumbang bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Sembilan. Atas perkenan Kebawah Duli Tuanku, darjah ini juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fi kir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.

DARJAH SETIA TUANKU MUHRIZ YANG AMAT GEMILANG (DSTM)
Darjah ini membawa gelaran Dato' dan Isteri akan bergelar datin. Ia dikurniakan kepada orang-orang perseorangan yang telah berbakti kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Pengurniaan ini terbuka khasnya kepada semua rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus dan amnya kepada rakyat Negeri-Negeri di Malaysia serta juga warganegara asing. Calon-calon dari pegawai Kerajaan hendaklah ditentukan tidak kurang daripada GRED JUSA C ke atas atau yang setaraf dengannya.

DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (DBNS)
Darjah ini membawa gelaran Dato’ dan isteri akan bergelar Datin. Ia dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbakti kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Darjah ini juga dikurniakan kepada ahli politik, ahli perniagaan dan individu yang berjaya dalam bidang masing-masing.

DARJAH SETIA NEGERI SEMBILAN (DNS)
Darjah ini dianugerahkan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Atas perkenan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, darjah ini juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.

DARJAH TUANKU MUHRIZ (DTM)
Darjah ini dianugerahkan kepada mereka yang telah membuat perkhidmatan dan bakti cemerlang serta terpuji terhadap D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Atas perkenan D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, darjah ini dianugerahkan kepada sesiapa sahaja untuk menerima penghargaan daripada Baginda termasuk ahli politik, penjawat awam Gred 48 ke atas dan orang perseorangan.

DARJAH PEKERTI TERPILIH (DPT)
Darjah ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan jasa yang cemerlang dan tingkah laku yang terpuji dalam Negeri Sembilan. Calon-calon dikalangan pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional hendaklah telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama lima (5) tahun atau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sembilan selama dua (2) tahun.

JAKSA PENDAMAI (JP)
Lantikan ini diberi kepada sesiapa yang layak dan bermaustatin dalam Negeri Sembilan. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan orang yang telah menunjukkan contoh teladan yang sebaik-baiknya serta mampu memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

AHLI SETIA NEGERI SEMBILAN (ANS)
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan taat setia dan jasa yang cemerlang serta tingkah laku yang terpuji di Negeri Sembilan atau di Malaysia. Calon-calon juga boleh daripada kalangan individu yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang sukan, peniagaan atau kebajikan.

SETIAWAN TUANKU MUHRIZ (STM)
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah memberi khidmat bakti kepada D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Negeri Sembilan. Ia juga boleh dianugerahkan kepada mereka yang berjaya dalam kerjaya dan bidang masing-masing. testing kemaskini

PINGAT KEBERANIAN CEMERLANG (PKC)
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang melakukan sesuatu jasa keberanian yang cemerlang dalam keadaan yang boleh membahayakan dirinya sendiri.

PINGAT KHIDMAT CEMERLANG MASYARAKAT (PMC)
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah menyumbang perkhidmatan terbaik dan boleh diteladani. Dikalangan kakitangan Kerajaan pula, calon hendaklah berumur 30 tahun ke atas dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia melebihi 5 tahun atau Kerajaan Negeri Sembilan melebihi 2 tahun. D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berhak mengurniakan pingat ini kepada sesiapa sahaja yang baginda fikirkan layak dan sesuai.

PINGAT JAKSA KEBAKTIAN (PJK)
Pingat ini dikurniakan kepada individu yang telah berbakti dan berkhidmat dengan cemerlang di Negeri Sembilan termasuklah individu yang telah berjasa dan berkebolehan serta baik tingkah lakunya. Dikalangan pegawai Kerajaan pula, calon perlulah telah berkhidmat dengan cemerlang dan telah memberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun dengan Kerajaan Malaysia atau 1 tahun dengan Kerajaan Negeri Sembilan.
PINGAT KHIDMAT LAMA (PKL)
Pingat ini dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sembilan yang telah berkhidmat untuk Kerajaan Negeri dengan cemerlangnya melebihi daripada 20 tahun.

BENTARA TUANKU MUHRIZ (BTM)
Pingat ini dikurniakan kepada Ahli Politik, Penjawat Awam Gred 36 ke bawah, Orang Perseorangan dan Ahli Perniagaan yang telah berbakti dan berkhidmat dengan cemerlang. D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga boleh menganugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.


credit: Portal Pingat




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...