Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Thursday, October 30, 2014

NILAI MARTABAT BANGSA

Istiadat kebesaran institusi istana sejak turun temurun dijadikan legasi ketuanan Melayu, sebaik sahaja ketibaan Dato' Haji Mohd Jan Abdul Ghani bersama rombongan di Gerbang Istana Besar Seri Menanti jam 10.45pagi, 15 Mei 2007 bersamaan 27 Rabiul-Akhir 1428 (Hijrah). Beliau bersama isteri Tok Puan Saadiah binti Othman seterusnya dibawa masuk ke Balai Rong Seri diiringi pembesar-pembesar adat luak Johol pada jam 11.00pagi dalam upacara 'Istihadat Mengahadap' yang menjadi tradisi pemerintahan beraja di Negeri Sembilan semejak Yamtuan Melawar (Tuanku Raja Mahmuf ibni Almarhum Yang Dipertuan Sakti Tuanku Abdul Jalil Johan Berdaulat Yamtuan Patah, Raja Alam Muningsyah I; 1719-1780) dari Pagarruyung, apabila diproklamir menaiki takhta di Seri Menanti pada 1773. 

 Ynag Amat Mulai Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, 
Dato' Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani, Undang Luak Johol ke-14.

Ketuanan Melayu menjadi legasi di luak Johol pula menetapkan naratif 'istiadat mengadap' sebagai upacara mengangkat martabat sistem Adat Pepatuh dalam hubungan raja dan rakyat melalui institusi 'Undang Yang Empat'. Begitulah! Dato' Haji Mohd Jan diproklamir memegang pesaka Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Undang Luak Johol ke 14 pada 13 Mac 2007 bersamaan 23 Safar 1428 (Hijrah), iaitu berikutan berpulang ke rahmatullah Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Abdul bin Ali berdasarkan perbilangan adat di Johol 'Undang Mati, Undang Menanam'. Beliau diproklamir selaku penyandang pesaka Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan oleh Dato' Jenang Saidin bin Abdul Aziz selaku 'Lembaga Adat' luak Johol mewakili Dato'- Dato' Lima Orang Besar Balai.


Pemilihan Dato' Haji Mohd Jan mearisi pesaka Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan memang sudah termaktub dalam peraturan adat di luak Johol, apabila beliau dilantik menyandang pesaka Dato' Baginda Tan Mas selaku 'Bakal Undang Luak Johol' pada 30 Disember 1988, berikutan perlantikan Dato' Abdul bin Ali memegang pesaka Undang Luak Johol. Dato' Abdul diplokmir menjadi Undang Luak Johol. Dato' Abdul diproklamir  menjadi Undang Luak Johol ke-13, apabila berpulangnya ke rahmatullah Undang Luak Johol ke-12, Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Haji Abdul RAhman Mohd Som pada 30 September 1988, berdasarkan perbilangan adat di Johol; 'Bulat air kerama gopong (atau pembentung); bulat manusia kerana muafakat'.

Yang Amat Mulia Dato' Haji Mohd Jan bersama 
isteri Toh Puan Hajjah Saadiah binti Othman.

Justeru,permuafakatan di kalangan keluarga adat yang ditakrif; 'Hidup berkerelaan, mati berkerapatan' juga turut melonjakkan perpaduan ketuanan Melayu apabila Dato; Mohd Jan dilantik memegang pesaka Dato' Baginda Tan Mas sebelum ini. Secara kronologi Dato' Mohd Jan memang anak keempat daripada lima beradik, dengan abang beliau Haji Mohd Dahan juga termasuk sebagai 'waris' terdekat dalam heiraki ketuanan adat di luak Johol. Bagaimanapun menerusi pemuafakatan Ketua Waris Johol, Haji Sinin bin Ahmad, bersepakatan keluarga memberi laluan kepada Dato' Haji Mohd Jan apabila beliau dilantik memegang pesaka Dato' Baginda Tan Mas.


Bagi Dato' Mohd Jan pula pengorbanan abangnya Haji Mohd Dahan bukan sahaja sekadar merestui beliau memegang pesaka dalam ketuanan adat di luak Joholm malah yang memelihara beliau apabila ibu mereka yang dikasihi, Siram binti Siachu meninggal dunia pada 1948, ketika Dato' Haji Mohd Jan, berusia 8 tahun. Haji Mohd Dahan yang sekarang berusia 80 tahun, menetap di Asahan merupakan bekas pegawai pemasaran syarikat koporat Robinson di Singapura. Menurut beliau, abangnya memang prihatin dengan pendidikan adik-adiknya, justeru beliau membawa Dato' Haji Mohd Jan menetap bersamanya di Singapura bagi melanjutkan pengajian. 


Legasi mengikut 'terombo' dan 'salsilah' yang diamalkan diluak Johol juga turut memudahkan perlantikkan Dato' Haji  Mohd Jan, sekalipun abang beliau Haji MOhd Dahlan adalah keturunan suku Biduanda Waris daripada carak Siti Ani iaitu cucu Puteri Kunun (Dato' Seri Awan 1). Susulan daripada proklamir Dato' Haji Mohd Jan memegang pesaka Undang Luak Johol pada 13 Mac 2007, 'Istiadat Mengadap' ditetapkan bagi melestarikan diri adat dan Ketuanan Melayu iaitu 15 Mei 2007. 


Kunjungan hormat Dato' Haji Mohd Jan ke Istana Besar Seri Menanti dalam naratif 'Istiadat Mengahadap' bagi melengkapkan tradisi turun temurun yang menjadi legasi Ketuanan Melayu. Bagi luak Johol pula, legasi Ketuanan MElayu adalah bersumberkan Pentadbiran Minangkabau- Orang Asli melalui persemendaan mereka. Adat Pepatih yang diwarisi dari imigran Minangkabau bukan mendominasi sepenuhnya pentadbiran di Luak Johol, keranan status Dato' Batin ketua bagi Orang Asli diletakkan sebagai Dato'-Dato' Lembaga Balai Undangiaitu Dato'-Dato' Orang Lima Besar Balai. Dato' Batin ialah dikategorikan kepada 'Bukan Lembaga Adat' bersama 'Tok Paang' dalam susunan senioriti di BAlai Undang Luak Johol. 


Apabila beliau dipilih memegang pesaka Dato' Baginda Tan Mas 30 Disember 1988, Dato' Baginda Tan Mas 30 Disember 1988, Dato' Haji Mohd Jan sudah memperlengkapkan dirinya menjadi bakal Undang Luak Johol, di samping meletakkan jawatan sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur. Dalam sistem adat di Luak Johol, penyandang pesaka diwajibkan menetap di telapaknya sendiri di samping meninggalkan jawatan yang tak berkaitan dengan adat di Johol. Dato' Haji Mohd JAn memilih lanskap pentadbiran adat di Johol bagi mneruskan kesinambungan tradisi ketuanan Melayu, justeru meletakkan jawatan di institusi bank bagi menetap di teklapaknya sendiri sebagai pembesar adat.  




1 comment:

  1. How to Make Money From Soccer Betting? - Work Paper
    Betting on soccer involves finding the closest possible The simplest way to bet on หารายได้เสริม soccer is by betting on the number of goals or goals that you

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...