Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Thursday, October 9, 2014

SEJARAH


Salam,
Bismilahirahmanirahim..

Johol adalah sebuah luak (kawasan/daerah) adat di Negeri Sembilan. Luak ini terletak di bahagian tenggara Negeri Sembilan meliputi kawasan Gemencheh, Gemas, Pasir Besar, Air Kuning Selatan, Kepis, Dangi, Selaru, Johol dan Palong. Daripada segi pentadbiran Luak Johol ini terletak dalam daerah Kuala Pilah, Tampin dan Jempol. Rata-rata penduduk adalah petani, bekerja kampung dan kakitangan kerajaan. Anak muda ramai yang berhijrah ke bandar-bandar besar Seremban dan Kuala Lumpur.


Sebelum kedatangan orang-orang Minangkabau di abad ke-17, Johol didiami oleh Orang Asli yang diketuai oleh seorang Dato' Batin bernama Johol yang tinggal di kampung Air Keroh ketika itu. Orang-orang Minangkabau dari Sumatera sampai ke Johol melalui Johor dan Melaka. Orang Minangkabau dketuai oleh seorang ketua bergelar Dato'Batin Melengkar Alam yang telah belayar menaiki sebuah "Jong" dari Minangkabau memasuki sungai Perak dan berpatah balik lalu memasuki sungai Muar dan telah membuat sebuah penempatan bernama Sekudai.Kamudian beliau meneruskan perjalananya ke hulu sungai lalu berehat di bawah sebatang pohon yang rendang yang kini di kenali sebagai'Merbau Seratus', setelah berehat sebentar di sana beliau meneruskan perjalanan mudik kehulu sungai dan telah melabuhkan jong beliau di dalam sebuah lubok yang kini di namakan Lubok Jong, seterusnya beliau telah membuka sebuah kampung yang kini di namakan kampung Pasir Besar.


Beliau telah di jemput oleh Dato' Batin Johol ke kampungn Air Keroh untuk di lantik sebagai Ketua Batin. Kedua-dua masyarakat ini hidup rukun dan pada satu ketika bersetuju melantik seorang Penghulu Batin / ketua batin. Penghulu ini dipilih dari kalangan calon suku Biduanda waris(dlm suku biduanda tiada suku biduanda waris,asal suku biduanda waris adalah waris toman tidak ramai yg tahu sejarah) dan dipersetujui oleh Dato' Batin serta Buapak yang Enam. Dato' Jenang akan mengisytiharkan perlantikan Penghlu. Penghulu inilah yang kemudiannya dinamakan Undang Luak Johol bergelar Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan.


Kuasa yang terletak pada Undang Luak Johol membolehkan pemerintahan meliputi wilayah adat iaitu Johol, Gemencheh, Gemas, Jeram Padang dan Palong. Yang Teramat Mulia Dato' merupakan Waris Gemencheh, sementara timbalan beliau Dato' Baginda Tan Mas Luak Johol, YAM Dato' Muhammad bin Haji Abdullah merupakan Waris Johol(luak undang joho tiada timbalan,tugas sebenar tun mas luak johol ada pekerja kepada luak undang sebabgai pengurus lombong emas dikawasan gemas)(pelantikan luak undang johol mempuyai sistem geleiran dari kalangan suku bidunanda yang enam.


Proses penggantian Undang baru adalah secara automatik daripada Timbalan Undang-Naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan. Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam". Bermaksud apabila sesaorang Undang itu meninggal dunia, pengisyitiharan Undang terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan. Undang Naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam" Bermaksud apabila sesaorang Undang itu meninggal dunia, pengisytiharan Undang baru terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan.


Undang Johol pada masa ini ialah YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI iaitu Undang yang ke-14. JOHOL 2012 Jika anda pernah berkunjung ke Johol pada tahun 1966 anda akan dapat rasakan bahawa Johol adalah 'Pekan Simpanan', ertinya sebuah pekan yang tiada apa-apa perubahan setelah 46 tahun.


Salam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...