Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Thursday, October 30, 2014

LAMBANG/ JATA KEBESARAN LUAK JOHOL

Jata Luak Johol

Bendera Luak Johol


1) Warna Latar Belakang: iaitu Kuning, Merah dan Hitam
  • Kuning  :  Kebesaran Diraja dan Dato' Undang Johol.
  • Merah  :   Kedaulatan anak buah dan rakyat Luak Johol.
  • Hitam   :   Kedaulatan Dato'- Dato' Adat.   

2) Sebuah Dastar di Mercu Gunung:
  • Sebuah dastar bermakna YTM berada di kemuncak pentadbiran Luak Johol yang menjadi sebagai penaung anak buah dan penduduk Luak Johol.
  • Enam mercu gunung bermaksud 'Datuk Buapak Yang Enam' dan satu diantara yang terbesar itu merangkumi Dato' Jenang dan Dato' Batin.
  • Kesimpulan: Sebuah dastar di puncak gunung bermaksud Dato' Jenang, Dato' Batin dan Buapak Yang Enam melantik Dato' Undang dan merestui perlantikkannya sebagai raja di Luak Johol.
3) Perahu/ Sampan:
  • Kenaikan dan penggunaan Orang Asli dan Suku Asal.
  • Kenaikan orang-orang dari Johor melalui sungai dan orang-orang Minangkabau dari Sumatra melalui Selat Melaka.
4) 12 Tangkai Padi:
  • Ada dua belas 'SUKU' penduduk Johol yang rata-rata masa dahulu sebagai petani/burhuma dan makanan utama mereka ialah nasi yang berasal dari padi
5) Sebilah pedang, Sebatang Tokeng dan Tombak:
  • Senjata inin bermaksud, Luak Johol dan Dato' Undang sentiasa dikawal keselamatannya dari serangan musuh.
  • Rakyat Luak Johol dan khasnya Dato' Undang sentiasa berada dalam selamat sejahtera.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...