Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa, Sendi Bangsa Adalah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa

Friday, October 31, 2014

Kunjungan Tun Abdullah Ahmad Badawi
































sumber; album gambar YTM Dato' Haji Mohd Jan




Dato' Undang Luak Negeri Sembilan

Undang Luak Rembau

YTM Dato' Haji Muhammad Sharif Bin Haji Othman,D.T.N.S.

Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMMAD SHARIF BIN HAJI OTHMAN dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil, Rembau, Negeri Sembilan.Beliau telah dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 21 pada 21 November 1998. Sebelum itu beliau merupakan Orang Besar Undang yang bergelar Dato' Shahbandar iaitu gelaran yang terkanan di antara empat Orang Besar Undang.Beliau berketurunan Lela Maharaja Suku Biduanda,Waris Nan Dua Carak (Perut Tebat).

Undang Luak Johol


Yang Teramat Mulia DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO' HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI dilahirkan pada 10 Ogos 1940 di Kampung Ulu, Pekan Gemencheh,Negeri Sembilan.Pada 13 Mac 2007, beliau telah diisytiharkan sebagai Undang Luak Johol ke 14 setelah Dato' Undang ke 13 meninggal dunia. Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Dato' Jenang Saidin Bin Abd Aziz dan disaksikan oleh ibu waris, wakil kerajaan negeri serta pegawai kerajaan.


Dari kiri: YMTunku Isteri Sharlita,YTM Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman,YM Tok Puan Hajah Siti Ramalah, YTM Undang Rembau Dato' Haji Muhammad Sharif, YM Tok Puan Saadah,YTM Undang Johol Dato' Mohd Jan, dan YTM Undang Luak Jelebu Dato' Musa Wahab.


Undang Luak Jelebu

Yang Teramat Mulia DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN DATO' MUSA BIN WAHAB dilahirkan pada 4 September 1937 di Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan.Beliau merupakan Undang Jelebu ke 15. Beliau berasal dari Suku Biduanda Waris Berundang Perut Sarin.Beliau telah dilantik sebagai Undang Jelebu pada 4 Februari 1980 oleh Dato'Menteri Sah Mangku Alang Raja Sari,Pesaka Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman.


Undang Luak Sungai Ujong


Yang Teramat Mulia DATO' KLANA PETRA SRI JAYA DATO' MUBARAK BIN DOHAK dilahirkan pada 11 November 1961 di Kampung Telaga Udang,Batu 9,Pantai,Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak tunggal kepada Allahyarham Thahak@Dohak Bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah Binti Dato' Amar Setia Alwi. Dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong pada 29 Disember 1993.




Galeri 1































sumber; album gambar YTM Dato' Haji Mohd Jan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...